Wednesday, January 26, 2011

Sabar ajer lah ...

Aku menunggu hampir lima minit di belakang kenderaan ini. Drebarnya leka dan asyik keluarkan duit kat mesin ATM, meninjau-ninjau barang keperluan (bukan keperluan sangat pun) belek itu dan ini. Lepas itu, dia pun cakaplah pada juruwang, "Pam 1, sepuluh ringgit." Senyum manis bersopan santun.
Menunggu dan menunggu ...

Lepas itu dia pun keluar, berselisih dengan kawan dan sempat melawak, kononnya merapatkan ukhwah.

Aku sedari tadi meninjau-ninjau, menunggu, tercari-cari siapa manusia drebar kenderaan ini pun mula menekan hon, dah hilang kesabaran.

Ops! Terlompat dia, terkejut. Lalu dengan tergesa-gesa ke keretanya untuk mengisi minyak. Nasib baik manusia drebar ni tidak gelabah, datang marah-marah kat aku ... suruh aku bersabar. Kalau dia bersikap begitu, aku pun nak jugak suruh dia bersabar dengan tingkahlaku aku, membebel kerana lama menunggunya untuk mengisi minyak!
Mr. Encik Pakcik yang saya maksudkan.

Inilah sikap segelintir masyarakat, menguji kesabaran seseorang. Aku sering perhatikan di stesen minyak (yang ada kemudahan mini market) di kawasan pinggir bandar. Tempat manusia tenang, tidak mengejar masa dan waktu.

No comments: