Monday, February 21, 2011

Warung di Pinggir Bandar

Satu pagi ketika aku nak ber'sosial' dengan masyarakat, aku berhentikan kenderaan, berjalan menuju masuk ke dalam salah satu warung. Memang ramai orang, seronok rasanya boleh berkumpul dengan masyarakat setempat.
Warung di pinggir bandar

Kakiku terhenti melangkah. Memang tidak berselera langsung untuk hendakku terus masuk. Setiap meja yang dikongsi empat orang, pasti ada seorang atau dua merokok! Bayangkan sepuluh meja, didarab dua orang perokok (tengah syok menyedut rokok), macam kunang-kuang di malam gelita. Asapnya tidak boleh dibayangkan lagi.
Inilah suasana kampung, siapa yang peduli akan larangan merokok di tempat awam, terutamanya di tempat makan seperti ini?
Sejak kempen sayangi jantung anda' masih segar di ingatanku, aku tidak berani menanggung risiko. Berhabisan duit menikmati hidangan, tersedut aroma racun percuma ke batang tubuh kita!
Udah ler makanan yang dijamah punya kandungan lemak, MSG, kadar gula berlebihan, ditokok tambah pula dengan udara toksid! Kesian aku tengok kanak-kanak dan juga wanita dalam kelompok perokok; mereka - mahu tak mahu terpaksa layan karenah perokok tegar dalam kehidupan mereka.
Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, February 16, 2011

Perarakan Maulidur Rasul 1432H

Gambar-gambar sekitar perarakan sempena Maulidur Rasul. Meriah sungguh dengan selawat dikumandangkan sepanjang perarakan ini. Perarakan bermula di Masjid Nurul Yaqin, Taman Permata melalui Blok A Sri Kundang, terus ke Blok D, melalui Taman Permata 1, 2 & 3.