Wednesday, March 23, 2011

Kisah Kucing 7E

Dua tiga hari lepas, ketika aku berjalan di kaki lima depan kedai serbaneka 24 jam, aku terjumpa seekor kucing bunting tidur dengan nyenyaknya di dalam kedai tersebut. Wah... enak sekali tidur tanpa memikirkan sebarang masalah atau kerja yang menimbun seperti gunung!
Satu hari tu... aku bertembung lagi dengan kucing ini, sedang leka makan makanan yang diberikan oleh seorang hamba Allah yang pemurah. Hmmm semoga bertambah rezeki anda menyara akan makhluk Allah yang lemah lembut dan comel ini.


Si kucing yang menunggu hari 'due' nya ini amat manja; dah tidak kisah pada manusia. Manusia yang berperasaan ambil peduli dan juga yang berperasaan tidak ambil peduli....
Tak dapat aku bayangkan bila sudah ada anak nanti, betapa sukarnya hidup si ibu kucing ini. Naluri ibu yang terpaksa menjaga semua anaknya, akan cuba mengawal keletah nakal anak yang tidak mengerti apa-apa.

Aku biasa tengok, seekor ibu kucing yang bersusah payah memindahkan anak-anaknya ke tempat selamat dari gangguan; akhirnya tercicir seekor dua, akibat lupa. Ingatan kucing amat lemah berbanding anjing. Kesian. Memang layaklah kalau ibu kucing tadi makan seekor dua 'baby'nya untuk meringankan beban. Tetapi sebenarnya biasalah ibu kucing makan anak sebagai sumber protein kot. Sedapkah wahai mak kucing? Yaikkkk....Wallahu alam.

Berbalik kepada sifat manusia, kalau comel, diberinya makan ... (tidak berkira). Akan tetapi kalau dah comot, selekeh berkurap, cirit birit, tidak ramai yang sanggup beri bantuan. Kalau ada pun, inilah insan berhati mulia sejati. Bermujahadah melawan rasa jijik untuk menghulurkan bantuan pada si kucing malang.

Lebih sadis lagi... ada yang sanggup potong kaki kucing kerana mencuri ikan. Kucing pula yang disalahkan, sedangkan manusia yang cuai menjaga ikan tersebut! Dah memang rezeki dia, biarkan ajer lah.... Kesian. Ceritanya ada dalam blog ini... http://kakimotong.blogspot.com/

No comments: