Tuesday, April 26, 2011

Dah beranak pun ngkau!

Saya pernah buat entry kisah kucing 7E bulan lepas. Sekelumit kisah kucing jalanan yang kita sering jumpa; samada kita 'tidak peduli' atau 'peduli kucing'. Terkadang kita tidak terperasan pun adanya kucing jalanan ini, walaupun kita bertembung lima enam kali sehari. Maklumlah sibuk bebenar pada makhluk bernama manusia ini.
Pagi tadi, tiba-tiba Mislan (nama sebenar), punyalah excited ceritakan kisah anak kucing yang baru dia jumpa. "Comel-comel, saya geram yang hitam putih ni... rasa macam nak ambil bawak balik. Tapi kesian la pulok, nanti terpisah dengan ibu dan adik beradik yang lain." katanya sambil menunjukkan foto yang diambil pada handphonenya....
"Eh... macam kenai saja kucing ini, bukan yang ini ker?" balas saya sambil buka file foto kucing tersebut kat komputer saya. Foto yang diambil pada 16hb Mac lepas, si ibu kucing ini 'menunggu' hari untuk beranak.
Untuk memperkukuhkan cerita ini, saya pun muatkan fotonya di bawah:
anak kucing' oyen (oren) dan tacak (tahik cicak; hitam putih).

Wednesday, April 6, 2011

Cinta oh Cinta


Alkisah, pagi tadi aku dengar "motivasi pagi" kat Radio IKIM. Hmmm kisah cinta. Yang dinamakan cinta itu cukup tinggi dan bermakna pada semua insan. La... aku lupa siapa nama penceramah pagi tadi, tapi ceritanya lebih kurang beginilah....

Contohnya:
Apabila sang heroin kena culik oleh penjahat, sang hero yang duduk berpuluh-puluh batu sudah dapat merasakan akan sengsaranya sang heroin. Wah canggih sungguh deria rasa, deria bau cinta si hero ini...
Lalu tanpa berlengah, si hero ini bergegas dengan lajunya berlari, meredah sungai, belantara, lompat di atas bumbung bas, bumbung lori (maklumlah tergesa-gesa sampai lupa bawa duit tambang). Tengah leka di atas bumbung bas yang laju tiba-tiba bas membelok, lalu terpelantinglah si hero ini jatuh atas motosikal kumpulan penjahat. Lalu terjadilah dusyum-dusyum dengan penunggang motor tersebut, akhirnya si penunggang tersebut jatuh dan diambil alih tunggangan motosikal tadi.
Tak lama kemudian, sampailah di tempat si heroin kena culik, dan terjadi lagi dusyum-dusyum dengan 80 orang penjahat. Akhirnya semua penjahat kelihatan 'kukurinat' (macam ulat mengeledik). Lalu si hero pun mendapatkan si heroin tanpa ada garisan calar pun kat badan, kecuali dahi ada sikit lebam.
Dan pada masa inilah polis dan tentera sampai. Hero tak kisah, walaupun terpaksa berpenat lelah, walau pun ralat dengan tindakan polis dan tentera yang sampai di saat terakhir, kerana perasaan cinta pada si heroin, tak apa. Janji heroin selamat sejahtera. Inilah pengorbanan.

Berbalik soal cinta dengan tempat kerja, adakah kita sanggup mengharungi liku-liku (seperti cerita di atas) ke tempat kerja? Bagaimana hendak tanamkan kecintaan kita pada tugasan harian kita. Semoga cerita ini ada manfaatnya untuk aku yang bergelar 'abunyer'.

Selingan: Jangan ada pulak yang rajin ke tempat kerja kerana ada 'cinta' dia yang sama-sama bertugas kerja kat situ.... nak tak jadi kerja, asyik nak bercengkerama atau berdrama sahaja...