Sunday, May 22, 2011

Pisang di tangga masjid

Setiap kali solat Jumaat, aku akan meninjau-ninjau kat tangga masjid ini. Hmmm kalau ada rezeki, dapatlah aku makan sebiji dua dengan kengkawan sejemaah. Terkadang-kadang terlepas rezeki pisang; ambik ngkau, lambat sangat ke masjid, urusan apa yang melambatkan engkau ke masjid?
Syukur, ada manusia yang istiqamah meletakkan buah ini, semoga ganjaran pahala bersedekah diganda-gandakan Allah.
Teringat satu ceramah ketika dulu, kenapa diletakkan pisang, sedangkan banyak lagi buah-buahan di Malaysia ini? Letak la buah deriyan ka, buah mangga ka, buah epal ka...
Hek eleh... lawaklah ustaz ni... Kalau dipraktikkan letak deriyan, nak kena sediakan parang la pulak. Lepas tu tengah khusyuk beriktikaf, sendawa lah pulak orang sebelah... hmmm bau mengalahkan tempoyak. Tidakkah terganggu-gugat orang sebelah?
Kalau letak epal, nak kena kupas kulit, kemudian basuh; baru boleh makan. Dah buang masa la pulak... hingga tok khatib tengah baca khutbah terpaksa melaungkan, "Sudahlah tu Abunyer.... saya baca khutbah ni pun dah nak habis dah. Mai la dengag khutbah ni...." (Lawak spontan).

No comments: