Saturday, June 25, 2011

Dewan Perdana, RRIM

Hari ini aku menghadiri kenduri kahwin abang kepada Amirah (rakan tempat kerja).

Perkahwinan
Muhammad Iqbal Abu Zaharin
dengan
Nazihah Sidi Ahmad
Dewan Perdana, Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Akademi Hevea Malaysia, Stesen Penyelidikan RRIM
47000 Sungai Buloh, Selangor

Terpandang sahaja kad jemputan yang ditampal di papan kenyataan tempat kerja aku, terasa ingin benar nak pi kenduri ini. Sebabnya tahun lepas, aku mengadakan kenduri perkahwinan anak sulung aku di sini. Terimbau memori saat fisrt time buat kenduri perkahwinan anak.





Wednesday, June 22, 2011

Baju kita serupa....

Ambil nombor dulu, baru tunggu. Kalau tak ambil nombor, sampai bila pun kita tidak akan dipanggil...

Pagi-pagi lagi aku dah bergegas ke hospital. Appointment hari ini, biar awal, jangan jadi seperti minggu lepas, dapat nombor ke-19! Berbaloi juga sebab sekurang-kurangnya hari ini aku dapat nombor ke-9! Lagi cepat jumpa doktor lagi baik. Penantian itu satu penyeksaan. Terseksa melihat gelagat manusia; lelaki berpakaian sopan berbanding perempuan.

Semasa menanti giliran, aku terpandang kat depan aku seorang uncle yang pakai baju, sejibik ops! silap.... sebijik macam baju aku.
Hih hih hih ... nak tahu apa perasaan aku?
Pertama: Aku doakan supaya uncle tu cepat dipanggil doktor, dan terus beredar.
Kedua: Moga-moga tiada orang yang perasan, terutama bini uncle tersebut. Orang perempuan mudah terperasan.
Ketiga: Harap-harap janganlah uncle tu berpaling ke belakang; bimbang nanti dia tanya aku pulak, "Cantik baju, mana beli?"

Kisah 1:
Petang itu Ros (bukan nama sebenar) balik kerja ditemani adik beliau menaiki bas. Lapan belas minit kemudian baru dia terperasan ada seorang penumpang memakai kebaya saling tak tumpah seperti kebayanya. Hik hik hik... Nasib baik ada adik dia tolong cover, "Rileks ... cek cover Kak Ros..." kata adiknya sambil membesarkan badan.

Kisah 2:
Marzha (bukan nama sebenar) tengah bagi penerangan kepada adik-adik junior sebuah IPTA yang datang melawat pejabatnya. Tengah leka berucap, tiba-tiba terperasan seorang budak junior ni seperti tersipu-sipu, terkulat-kulat. Hairan, kenapa yer?
La... baru Marzha perasan, kebaya hitam bersulam benang emas sama seperti dipakai oleh budak junior ni.... Oleh kerana perkara ini adalah lumrah alam, Marzha tidak kisah... tak terjejas pun kariernya.

Tamat kisah di atas, secara logiknya, biarlah sepuluh orang sekali pun kebetulan pakai baju yang sama, apa kisah. Bukankah manusia pun ada yang wajahnya sama dengan manusia lain. Kata orang tua-tua, kat dunia ni, ada tujuh orang muka yang mirip dengan muka kita. Jadi... rileks la...

Tuesday, June 21, 2011

Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman, Terengganu.




Masjid Sultan Ahmad ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku as-Sultan Ismail Nasiruddin Shah, D.K, D.K (Malaysia), D.M.N, S.PM.T, D.K (Selangor)., Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Pada hari Jumaat 21 haribulan Syaaban 1395
bersamaan dengan 29 haribulan Ogos 1975
Batu asas masjid ini diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia
pada hari Ahad 6 haribulan Ogos 1972
bersamaan 26 Jamadil Akhir 1392

Al-Fatihah kepada penghuni alam barzakh di perkuburan lama masjid ini.

Wednesday, June 15, 2011

Sepagi di hospital.

Aku terlewat ke Hospital Sg. Buloh. Nah... aku dapat giliran yang ke-20! Sejam setengah jugak aku tercongok di bawah kipas angin yang terpasang maksimum. Ambil sampel darah untuk diuji tidaklah lama, cuma minggu depan bila berjumpa doktor, akan memakan masa kerana setiap pesakit tidak tentu masanya; lebih setengah jam seorang. Hmmm minggu depan kena datang awal sikit.
Wah... lapar jugaklah pagi ini kerana sejak semalam tidak makan termasuk pagi ini. Kalau nak sarapan, mesti selepas darah diambil.
Pokok asam yang telah menyaksikan pelbagai manusia berpenyakit di sini.

Siapa lambat, akan ketinggalan.


Cik Kelisa yang tidak tahan panas. Menumpang tempat parkir motor.

Bila dah berusia, terpaksalah rajin-rajin ke hospital, check darah. Itulah semasa muda; membujur lalu melintang patah. Tolak besi dan kayu sahaja yang ditolak, selain daripada itu, ditolak masuk ke kerongkong! Hik... hik... hik... Teringat dulu, selalu bawa anak kecil ke hospital dengan pelbagai penyakit termasuk luka akibat nakalnya mereka. Agak-agaknya bila dah tidak bermaya, mungkin kita akan disorong dengan kerusi roda oleh anak kat hospital. Hidup ibarat pusingan roda.
Kafeteria yang tersorok.

Selesai sahaja darahku diambil, aku pun bergegas ke tempat kerja, kononnya hendak bersarapan di sana. La... kenapa aku tak perasan, di sebelah parkir terdapat sebuah kafeteria! Walaupun kenderaan aku dah bergerak beberapa meter, aku berpatah balik, parkir kenderaan dan terus sarapan kat situ.