Wednesday, June 22, 2011

Baju kita serupa....

Ambil nombor dulu, baru tunggu. Kalau tak ambil nombor, sampai bila pun kita tidak akan dipanggil...

Pagi-pagi lagi aku dah bergegas ke hospital. Appointment hari ini, biar awal, jangan jadi seperti minggu lepas, dapat nombor ke-19! Berbaloi juga sebab sekurang-kurangnya hari ini aku dapat nombor ke-9! Lagi cepat jumpa doktor lagi baik. Penantian itu satu penyeksaan. Terseksa melihat gelagat manusia; lelaki berpakaian sopan berbanding perempuan.

Semasa menanti giliran, aku terpandang kat depan aku seorang uncle yang pakai baju, sejibik ops! silap.... sebijik macam baju aku.
Hih hih hih ... nak tahu apa perasaan aku?
Pertama: Aku doakan supaya uncle tu cepat dipanggil doktor, dan terus beredar.
Kedua: Moga-moga tiada orang yang perasan, terutama bini uncle tersebut. Orang perempuan mudah terperasan.
Ketiga: Harap-harap janganlah uncle tu berpaling ke belakang; bimbang nanti dia tanya aku pulak, "Cantik baju, mana beli?"

Kisah 1:
Petang itu Ros (bukan nama sebenar) balik kerja ditemani adik beliau menaiki bas. Lapan belas minit kemudian baru dia terperasan ada seorang penumpang memakai kebaya saling tak tumpah seperti kebayanya. Hik hik hik... Nasib baik ada adik dia tolong cover, "Rileks ... cek cover Kak Ros..." kata adiknya sambil membesarkan badan.

Kisah 2:
Marzha (bukan nama sebenar) tengah bagi penerangan kepada adik-adik junior sebuah IPTA yang datang melawat pejabatnya. Tengah leka berucap, tiba-tiba terperasan seorang budak junior ni seperti tersipu-sipu, terkulat-kulat. Hairan, kenapa yer?
La... baru Marzha perasan, kebaya hitam bersulam benang emas sama seperti dipakai oleh budak junior ni.... Oleh kerana perkara ini adalah lumrah alam, Marzha tidak kisah... tak terjejas pun kariernya.

Tamat kisah di atas, secara logiknya, biarlah sepuluh orang sekali pun kebetulan pakai baju yang sama, apa kisah. Bukankah manusia pun ada yang wajahnya sama dengan manusia lain. Kata orang tua-tua, kat dunia ni, ada tujuh orang muka yang mirip dengan muka kita. Jadi... rileks la...

4 comments:

SURAIYA PAUZI said...

Kalau sama yg dipakai kt badan xpa gak. Ada org pergi raya tgk baju raya dia sama dgn curtain tuan rumah ... ekkekekek (kisah benar yg pernah saya dgr).

abunyer said...

mungkin kisah awak... hih hih... lepas tu cepat-cepat ajak kengkawan balik, kerana malu. paling malang kalau corak kain sama seperti kain alas kaki kat rumah tu....

SURAIYA PAUZI said...

bukan kisah saya, kalu citer saya, malulah nk bgtau kt sini, citer kwn sebilik sekolej dulu.

Anonymous said...

kisah anak maknjang yang pakai tudung sebijik ngan lapik kusyen dalam feri semasa nk ke langkawi pun kelakar jugak...tak la sejibik sgt tapi terperasan mcm sama warne....