Wednesday, June 15, 2011

Sepagi di hospital.

Aku terlewat ke Hospital Sg. Buloh. Nah... aku dapat giliran yang ke-20! Sejam setengah jugak aku tercongok di bawah kipas angin yang terpasang maksimum. Ambil sampel darah untuk diuji tidaklah lama, cuma minggu depan bila berjumpa doktor, akan memakan masa kerana setiap pesakit tidak tentu masanya; lebih setengah jam seorang. Hmmm minggu depan kena datang awal sikit.
Wah... lapar jugaklah pagi ini kerana sejak semalam tidak makan termasuk pagi ini. Kalau nak sarapan, mesti selepas darah diambil.
Pokok asam yang telah menyaksikan pelbagai manusia berpenyakit di sini.

Siapa lambat, akan ketinggalan.


Cik Kelisa yang tidak tahan panas. Menumpang tempat parkir motor.

Bila dah berusia, terpaksalah rajin-rajin ke hospital, check darah. Itulah semasa muda; membujur lalu melintang patah. Tolak besi dan kayu sahaja yang ditolak, selain daripada itu, ditolak masuk ke kerongkong! Hik... hik... hik... Teringat dulu, selalu bawa anak kecil ke hospital dengan pelbagai penyakit termasuk luka akibat nakalnya mereka. Agak-agaknya bila dah tidak bermaya, mungkin kita akan disorong dengan kerusi roda oleh anak kat hospital. Hidup ibarat pusingan roda.
Kafeteria yang tersorok.

Selesai sahaja darahku diambil, aku pun bergegas ke tempat kerja, kononnya hendak bersarapan di sana. La... kenapa aku tak perasan, di sebelah parkir terdapat sebuah kafeteria! Walaupun kenderaan aku dah bergerak beberapa meter, aku berpatah balik, parkir kenderaan dan terus sarapan kat situ.

No comments: