Sunday, July 31, 2011

Saman Tiada Cermin Sisi

Zaman serba canggih, segala data terkini dapat diakses di Internet. Masukkan nombor kad pengenalan anda, akan tertera terperinci saman pada kesalahan yang anda lakukan. Mana mau lari? Jika anda berlengah untuk membayar saman, susahnya akan dirasai ketika hendak memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan kenderaan anda kelak. Jadi, usah lengah, jangan tunggu bila poket dah kering (tinggai seghedak) baru hendak terhegeh-hegeh hendak bayar - macam aku.

Aku hendak mengisahkan anak remajaku dan kenderaan (terkena pada batang hidungku sendiri)....

Apabila tiada motosikal, mengeluh - susah hendak ke tempat kerja. Dengan duit simpanan berdikit-dikit ni... keluarlah sebiji motosikal baru. Harga mencecah RM11,000.00. Tak kisahlah, boleh bayar ansur-ansur.

Bulan pertama, dah mula terkial-kial cari duit nak besarkan disc brake hadapan. Yang sedia ada, kecik. Hmmm terikut-ikut dengan motosikal mat-mat rempit. Biarlah dulu, sekurang-kurangnya dua tahun lagi, kerana disc brake berkenaan masih baru, original pulak tu.

Rasa semacam kemestian pulak, tanggal side mirror. Banyak kali sudah aku berpesan agar pasang semula side mirror ni. Salah di sisi undang-undang kenderaan tiada side mirror. Namun apa boleh buat, cakapku umpama air dicurah ke daun keladi. Tidak terkesan sikit pun.

Bila sudah kena saman RM50.00, baru terkial-kial cari side mirror yang dah berhabuk di dalam stor. Terkilan jugak kerana terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapat pengajaran. Dua tiga hari kemudian aku terpandang motosikalnya, hmmm cuma dipasang sebelah sahaja side mirror tu. La... apa kejadahnya ni? Sampai liat sangat nak pasang side mirror?

Friday, July 29, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

27hb. Julai, 2011. Program padat sempena sambutan Ramadan tahun ini di pejabat GISB. Bermula pagi, sesi fotografi kakitangan dengan pakaian raya masing-masing. Letih berposing maut ngkau... Lepas tu, makan tengahari ala sunnah; satu dulang empat orang.
Lepas solat Zuhur, diadakan tahlil arwah, disusuli kuliah Persediaan Menyambut Ramadan, oleh Ustaz Khairul Anam. Selesai program dapat seorang satu uncang (beg) yang berisi kurma, kitab kecil al-mathurat dan cup-cake. Minuman petang disediakan dengan juadah seperti karipap, buah melaka, kuih sagu, roti jala, puding jagung dan lain-lain. Semoga Ramadan kali ini Allah berkati dengan bertambah amalan lebih daripada Ramadan yang lepas. Amin.

Sudah berapa lama aku tak makan dalam dulang sebegini. Rindu.

Masing-masing mendapat ole-ole. Macam pergi makan kenduri kahwin la pulak....

Juadah minum petang, kuih tradisi.

Friday, July 22, 2011

Tilam Terpakai Percuma


Maafkan aku kerana tidak menjadi bahu dalam masalah ini.


Masih ada lagi segelintir manusia yang tahap siviknya amat rendah. Mungkin si pelakunya senang hati, terubat jiwa yang kacau. Mungkin si pelakunya lalu-lalang kawasan ini dengan 'kembang hidung' bangga kerana berjaya mencacatkan pemandangan. Itu belum lagi dilihat pada comotnya tampalan sticker along; sakit mata memandangnya.
Inilah yang dikatakan tangan durjana 1% berjaya mengalahkan 99% mata memandang. Aku sendiri pun tidak sanggup menjadi bahu dalam masalah ini. Oh... maafkan aku.

Monday, July 18, 2011

Kuliah Ramadhan

• Tertakluk kepada sebarang perubahan.

Sepanjang Ramadhan GISB mengadakan kuliah sebelum zuhur setiap hari (kecuali hari Jumaat), seperti kelaziman lima enam tahun lepas. Walaupun fizikal tidak makan, santapan rohani amat perlu untuk mengukuhkan lagi kekuatan rohani setiap kakitangan. Mengantuk? Memanglah mengantuk, tapi kenalah bermujahadah dengan memberi tumpuan pada penceramah.

Monday, July 11, 2011

Cucu



Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah sudah bercucu aku ni. Anak sulung aku, Siti Sarah dan Shafezan dikurniakan anak lelaki pada 9hb. Julai 2011.
Dengan mendapat gelaran 'tok wan' (kebiasaan oghang utagha), manakala bini aku pula dapat gelaran 'tok'.
Kami saling berpandangan, akur dengan masa yang begitu pantas. Semoga gelaran ini akan lebih mematangkan kami berdua. Hidup ini usah dipersia-siakan. Tanggungjawab makin berat untuk dipikul. Semoga Allah berkati dan membantu hamba-Nya ini. Amin.