Monday, July 11, 2011

Cucu



Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah sudah bercucu aku ni. Anak sulung aku, Siti Sarah dan Shafezan dikurniakan anak lelaki pada 9hb. Julai 2011.
Dengan mendapat gelaran 'tok wan' (kebiasaan oghang utagha), manakala bini aku pula dapat gelaran 'tok'.
Kami saling berpandangan, akur dengan masa yang begitu pantas. Semoga gelaran ini akan lebih mematangkan kami berdua. Hidup ini usah dipersia-siakan. Tanggungjawab makin berat untuk dipikul. Semoga Allah berkati dan membantu hamba-Nya ini. Amin.

7 comments:

SURAIYA PAUZI said...

Hui...sihatnya cucu tok wan. lebat rambutnya

abunyer said...

rambut tok dan tokwan dah jarang dan beruban. resam dunia.

anuar said...

Salam Tahniah... Dah jadi tok yer... hehe

abunyer said...

alhamdulillah, nuar, merasa gak gelaran 'datok'. tapi saya dapat dua gelaran,
(1) Tok
(2) Wan
jadinya tokwan....

shaqilah said...

hari nie ade wat majlis bercukur, rambut botak licin

Anonymous said...

Salam, nampaknya sebaya dan lebih 2 hari saja Darda' dengan cucu Tokwan Abu , hee

abunyer said...

Boleh jadi geng baik. Insya Allah. Geng Cucu GISB!