Sunday, July 31, 2011

Saman Tiada Cermin Sisi

Zaman serba canggih, segala data terkini dapat diakses di Internet. Masukkan nombor kad pengenalan anda, akan tertera terperinci saman pada kesalahan yang anda lakukan. Mana mau lari? Jika anda berlengah untuk membayar saman, susahnya akan dirasai ketika hendak memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan kenderaan anda kelak. Jadi, usah lengah, jangan tunggu bila poket dah kering (tinggai seghedak) baru hendak terhegeh-hegeh hendak bayar - macam aku.

Aku hendak mengisahkan anak remajaku dan kenderaan (terkena pada batang hidungku sendiri)....

Apabila tiada motosikal, mengeluh - susah hendak ke tempat kerja. Dengan duit simpanan berdikit-dikit ni... keluarlah sebiji motosikal baru. Harga mencecah RM11,000.00. Tak kisahlah, boleh bayar ansur-ansur.

Bulan pertama, dah mula terkial-kial cari duit nak besarkan disc brake hadapan. Yang sedia ada, kecik. Hmmm terikut-ikut dengan motosikal mat-mat rempit. Biarlah dulu, sekurang-kurangnya dua tahun lagi, kerana disc brake berkenaan masih baru, original pulak tu.

Rasa semacam kemestian pulak, tanggal side mirror. Banyak kali sudah aku berpesan agar pasang semula side mirror ni. Salah di sisi undang-undang kenderaan tiada side mirror. Namun apa boleh buat, cakapku umpama air dicurah ke daun keladi. Tidak terkesan sikit pun.

Bila sudah kena saman RM50.00, baru terkial-kial cari side mirror yang dah berhabuk di dalam stor. Terkilan jugak kerana terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapat pengajaran. Dua tiga hari kemudian aku terpandang motosikalnya, hmmm cuma dipasang sebelah sahaja side mirror tu. La... apa kejadahnya ni? Sampai liat sangat nak pasang side mirror?

No comments: