Tuesday, August 16, 2011

Solat Tarawih

Suasana di luar masjid, penuh tepu di serambi.

Malam pertama untuk solat tarawih, aku terpaksa pusing keliling kawasan masjid, cari tempat letak kereta. Akhirnya aku akur, terpaksa balik, datang semula dengan motosikal.

Malam kelima, agak lengang. Lebih-lebih lagi selepas lapan rakaat, tanpa solat witir, jemaah berlari-lari anak meninggalkan masjid. Tak sempat doa pun. Sangka baik, mungkin dikerjakan solat witir sebelum solat subuh esoknya.
Suasana di dalam masjid, susut.
Inilah yang dinamakan insan, sering terkejar-kejar membuat sesuatu, akhirnya leka lepak tanpa arah tujuan. Masa terus berjalan. Penghujung Ramadan penuh ganjaran berlalu dengan kosongnya masjid dan surau. Cubalah perhatikan, selesai imam beri salam, dah bangun meluru keluar, hatta di saf paling hadapan.

No comments: