Saturday, January 12, 2013

Terkena dan Mengena…

Kisah adik-adik aku (dua orang), pernah berhadapan karenah Wan (bukan nama sebenar) berusia 6 tahun di salah sebuah rumah keluarga angkat mereka.
Keletah Wan yang suka menguasai keadaan membuatkan adik-adik aku yang berusia 16 tahun ke atas pening kepala. Semuanya dikuasai Wan, hatta keluar kerja awal pun di komplen nya. Balik awal pun tidak miss daripada komplen Wan.
Adik-adik aku puas jugaklah menakut-nakut Wan. Mengacah Wan. Pelbagai cerita hantu, jembalang… sikit pun Wan tak kisah. Malah Wan akan tertawakan mereka pula….
Satu hari… jeng jeng jeng (muzik background) adik-adik aku termasuk abang dan kakak Wan berpakat menjayakan satu misi. Wah macam misi mustahil bunyinya…
Pakatan mereka menjadi. Bila sudah ramai-ramai berkumpul, sambil sembang-sembang… Datang Wan mengomel itu dan ini. Tetapi tidak dihiraukan, seolah-olah mereka tidak nampak Wan.
Hik hik hik… nak tahu apa jadi lepas tu…
Wan menangis-nangis. “Ni Wan… ni.. Wan…”Namun mereka masih pura-pura tidak nampak Wan.
Akhirnya setelah sekian lama mereka ‘kerjakan’ Wan, pecahlah gelak ketawa riuh rendah dalam rumah. Kelakar dan kesian tengok Wan merayu-rayu, agar semua orang dalam rumah itu nampak beliau.
Ambek ngkau!

No comments: