Thursday, November 3, 2016

15 Ilmu Untuk Tafsir al Quran

Perkongsian daripada Whatsapp Group. Semoga ada manfaatnya... Insya Allah

Al Quran adalah kitab suci yang diturunkan untuk panduan hidup manusia. Ayat-ayatnya perlu ditafsirkan. Isi kandungannya perlu digali dan difahami.
Dari fb Ustaz Firfaus Al Abqaf

*Ada 15 ilmu yang dapat membantu seseorang dalam mentafsirkan ayat-ayat al Quran dengan baik dan benar.* 

Ilmu - ilmu tersebut adalah :
1. Ilmu Lughat (filologi), iaitu ilmu untuk mengetahui makna setiap perkataan Al-Quran. 
2. Ilmu Nahu (etimologi/tata bahasa). Sangat penting mengetahui ilmu Nahu. Ia adalah ilmu  berkaitan dengan baris akhir perkataan Arab. Baris akhir ini ditentukan oleh i'rab perkataan tersebut. Berubah sahaja baris akhir satu perkataan, berubah lah makna yang dikandung oleh ayat tersebut.   
3. Ilmu Sorof (perubahan bentuk kata). Mengetahui ilmu sorof sangat penting, kerana perubahan sedikit bentuk suatu kata akan mengubah maknanya. Ibnu Faris berkata, “Jika seseorang tidak mendapatkan ilmu sharaf, berarti ia telah kehilangan banyak sekali.” 
4. Ilmu Isytiqaq (akar kata). Mengetahui ilmu isytiqaq sangatlah penting. Dengan ilmu tersebut dapat diketahui asal-usul suatu perkataan. 
5. Ilmu Ma’ani. Ilmu ini sangat penting diketahui. Dengannya, seseorang dapat mengetahui makna yang tersurat dan tersirat dalam susunan suatu ayat.  
6. Ilmu Bayaan, iaitu ilmu yang mempelajari makna kata yang zahir dan yang tersembunyi, juga mempelajari kiasan serta permisalan kata.
7. Ilmu Badi', iaitu  ilmu yang mempelajari keindahan bahasa. 
Ketiga bidang ilmu di atas juga disebut sebagai cabang ilmu balaghah, yang sangat penting dimiliki oleh para pakar tafsir. Al-Quran adalah mukjizat yang agung. Dengan ilmu-ilmu di atas, kemukjizatan Al-Quran dapat diketahui.
8. Ilmu Qira’at. Ilmu ini sangat penting dipelajari, kerana perbezaan bacaan dapat mengubah makna ayat. Ilmu ini membantu menentukan makna paling tepat di antara makna-makna suatu kata.
9. Ilmu Aqa’id. Ilmu yang sangat penting dipelajari ini mempelajari dasar-dasar keimanan. 
10. Usul Fiqh. Dengan ilmu ini dapat diambil dalil serta penggalian hukum suatu ayat.
11. Ilmu Asbabun-Nuzul. Ilmu untuk mengetahui sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran. Dengan mengetahui sebab-sebabnya, kadangkala maksud suatu ayat bergantung pada pengetahuan tentang asbabun-nuzulnya.
12. Ilmu Nasikh Mansukh. Dengan ilmu ini dapat dipelajari suatu hukum yang sudah dihapus dan hukum yang masih tetap berlaku.
13. Ilmu Fiqh. Ia berkaitan dengan hukum-hakam permasalahan ibadah dan muamalah. 
14. Ilmu hadis. Ilmu untuk mengetahui hadis-hadis yang menafsirkan ayat-ayat Al-Quran.
15. Ilmu Wahbi. Ilmu khusus yang diberikan Allah kepada hamba-Nya yang istimewa.
Wallah A'lam

No comments: